Saturday, 30 May 2015

Catatan Almarhum Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, Tubuh Parti Baru

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

nik aziz

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

“Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

“Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

“Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam,” katanya.


Sumber malaysiakini 26/8/2008

EKSKLUSIF - PR Diramal akan Berpecah

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015


 KUALA LUMPUR: Kalangan bekas pemimpin dan veteran politik percaya Pakatan Rakyat akan berpecah dan membawa haluan masing-masing dalam tempoh terdekat kerana parti pembangkang kini mula meragui di antara satu sama lain.

Naib Pengerusi Veteran Umno, Datuk Jaafar Hamzah mendakwa bukan saja Pas mula mencurigai perjuangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah DAP juga tidak sehaluan dengan parti pembangkang lain.

Beliau berkata, penubuhan Pakatan Rakyat sebenarnya hanya gimik politik kerana setiap parti pembangkang mempunyai kepentingan politik yang tersendiri dan amat mustahil untuk mereka bekerjasama.

“Rakyat mula keliru dengan penubuhan serta perjuangan sebenar Pakatan Rakyat kerana kini kelihatan setiap parti pembangkang hanya mempertahankan kepemimpinan tertinggi masing-masing, manakala soal rakyat semakin dilupakan.

“Saya melihat Pakatan Rakyat tidak bertahan lama apatah lagi kini Pas mula mencurigai dan mempersoalkan perjuangan Anwar,” katanya, semalam.

Semalam, beberapa perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Ipoh secara terbuka mengingatkan kepemimpinan serta ahli politik parti itu supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar sebaliknya mengambil sikap berhati-hati dengan pemimpin tertinggi PKR itu.

Veteran Umno, Tan Sri Aziz Tapa berkata, amat mustahil untuk Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Pusat kerana beliau melihat pakatan semakin lemah dan berlaku pelbagai masalah di kalangan parti pembangkang.

“Bagi saya, amat sukar untuk pembangkang bekerjasama di antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai hala tuju tersendiri. Sebagai contoh, PKR mahu Anwar jadi Perdana Menteri, Pas pula mahu pemimpinnya jadi Perdana Menteri, bagaimana dengan DAP.

“Di sini kita dapat melihat kerjasama antara mereka tidak wujud malah amat susah untuk Pakatan Rakyat menumbangkan BN,” katanya.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor pula mendakwa Anwar sering memperkecilkan Pas sejak dulu tetapi kini seolah-olah menghormati parti Islam berkenaan.

“Apabila berada dalam Umno, Anwar lantang mengkritik Pas kerana bagi beliau (Anwar), pemimpin Pas bukannya ahli politik yang bijak dan sering menganggap Pas sebagai parti yang memperjuangkan isu berkaitan Islam saja.

“Sebenarnya sudah lama pemimpin Pas mencurigai perjuangan Anwar. Sebagai pemimpin, Penasihat PKR itu perlu jujur dan jangan menutup atau cuba menyembunyikan kelemahannya,” katanya.

Bekas Naib Yang Dipertua Pas, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kepimpinan tertinggi parti Islam itu perlu peka dengan teguran akar umbi bagi mengelak perpecahan dalam Pas.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas sudah mula keliru dengan perjuangan sebenar Pakatan Rakyat kerana risau perjuangan sebenar parti itu akan dilupakan jika terus berada dalam pakatan.

“Pas ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib orang Islam manakala saya melihat PKR tidak mempunyai apa-apa hala tuju. Amat mustahil untuk Pas dan DAP pula bekerjasama kerana perjuangan politik mereka tidak sehaluan.

“Apa yang jelas, ahli-ahli Pas mahukan parti mereka kembali ke perjuangan asal dan risau perjuangan mereka akan tersasar jika terus berada dalam Pakatan Rakyat,” katanya.


Sumber s anand kumar, berita harian 2010

PAS mahu Hadi jadi PM Pakatan

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015


PAS lebih senang jika presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Bagaimanapun PKR pula lebih suka penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan utama itu, tambahnya.

“Kalau ikut pandangan Dewan Ulama PAS, tentulah Presiden PAS (Abdul Hadi) lebih layak. Tentulah kita mahu pemimpin kita.

“Kalau tanya orang Keadilan (PKR), dia akan kata presiden Keadilan,” katanya, seperti dipetik Bernama, selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS di Ipoh pagi ini.

Cadangan melantik Abul Hadi dinyatakan juga oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah semalam.

Menurut agensi berita itu lagi, ditanya sama ada pendirian pemimpin PAS itu boleh menimbulkan perebutan jawatan itu antara anggota-anggota Pakatan Rakyat, Mohamed berkata “soal itu tidak akan timbul” kerana perbincangan boleh dilakukan antara tiga parti itu.

“Kita akan bincang antara tiga parti itu… serupa dengan kes pelantikan menteri besar Perak. Tetapi bagi kita Dewan Ulama PAS, Abdul Hadilah lebih layak, cuma nak lantik itu tak semudah yang kita kata, kena bincang,” beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, tambahnya, Dewan Ulama PAS tidak mempunyai kuasa dalam soal tersebut dan sekadar memberi pandangan kerana ia perlu dibincangkan di peringkat Majlis Syura serta Jawatankuasa Agung.

Mohamed berkata, Dewan Ulama juga tidak mempunyai masalah untuk menyokong pelantikan Anwar “asalkan pelantikan
itu nanti mampu mendatangkan kebaikan dan menguntungkan Islam.”

“Kalau tidak menguntungkan Islam… kita tengok dan lihatlah nanti,”
katanya.

Sumber bernama.org ogos 2010

GEMPAR! PM Mahu Selesai 5 Perkara Penting Sebelum Berundur

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015



 Perdana Menteri berkata, beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan lima perkara utama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebelum berundur pada tahun 2010.

Menurutnya, isu itu membabitkan pembasmian kemiskinan, meningkatkan prestasi syarikat milik kerajaan (GLC), menggerakkan sektor pertanian dan industri asas tani, penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan serta pembangunan infrastruktur insaniah.

”Perjuangan untuk membina dan memartabatkan negara bangsa tidak ada noktahnya dan itulah lumrah pentadbiran.

”Saya percaya makna dan impak sesebuah pentadbiran hanya boleh dilihat dengan jelas selepas masa secukupnya berlalu. Juga seseorang Perdana Menteri tidak akan berasa berpuas hati tetapi akan sentiasa berusaha untuk meneruskan penambahbaikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kon Yeow meminta Abdullah menyatakan kerja yang ingin disempurnakan sebelum berundur pada tahun 2010 dan pencapaian beliau sebagai Perdana Menteri yang paling memuaskan sehingga kini.

Tumpuan pertama, kata Abdullah, adalah membabitkan usaha membasmi kemiskinan dan pengurangan jurang pendapatan yang kini menunjukkan hasil apabila kadar kemiskinan negara pada 2004 berkurangan daripada 5.7 peratus kepada 3.6 peratus pada 2007 .

”Kadar kemiskinan tegar juga berkurangan daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus dalam tempoh yang sama. Saya berazam untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.9 hingga tiga peratus menjelang 2010,” jelasnya.

Abdullah berkata, tumpuan kedua membabitkan usaha membawa perubahan positif kepada GLC dengan tahap keuntungan bersih bagi kumpulan 20 GLC terpilih (G-20) adalah kira-kira 91 peratus lebih tinggi daripada tahap keuntungan sebelum bermulanya inisiatif transformasi GLC.

Akauntabiliti”Pada amnya, pemantauan terhadap syarikat GLC telah meningkatkan tahap prestasi serta akauntabiliti pengurusan syarikat dan ia secara langsung memanfaatkan pemegang saham rakyat tempatan yang melabur melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB),” katanya.

Beliau berkata, tumpuan ketiga melibatkan usaha untuk menggerakkan semula sektor pertanian dan industri asas tani serta membawa kesedaran akan kepentingan strategik sektor itu, bukan saja kepada ekonomi negara tetapi juga keselamatan negara.

”Kempen untuk meningkatkan sektor tanaman makanan yang dimulakan pada 2004 membawa hikmah dalam keadaan dunia semasa yang mengalami masalah kekurangan bahan ini,” katanya.

Tambah beliau, tumpuan keempat yang membabitkan sistem penyampaian kerajaan telah menunjukkan hasil positif apabila banyak transaksi kerajaan dipermudahkan dan dapat dilakukan melalui Internet.

”Tumpuan kelima berkaitan infrastruktur insaniah melibatkan penambahbaikan sistem pendidikan, penerapan nilai-nilai murni seperti integriti, keterbukaan media dan mengukuhkan institusi polis dan kehakiman,” ujarnya.


Sumber bernama 18 ogos 2010

Bila Orang Melayu Lupa UMNO

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015



Hari ini UMNO dimanifestasikan sebagai ruang kosong yang tidak perlu disi lagi dengan semangat dan roh orang-orang Melayu. UMNO yang satu ketika dulu meniupkan semangat api kemerdekaan dalam semarak menentang gagasan Malayan Union, hari ini dilihat telah dilihat oleh sebahagian yang ramai seperti sampah dalam mata.

UMNO sedang menuju ke pintu Arkib Negara dan bakal menjadi satu lagi catatan sejarah yang entah bila akan dirungkai semula peranan dan tanggungjawabnya terhadap Malaysia ini. Adakah UMNO sudah ditunjukkan jalan oleh rakyat untuk menjadi semakin tidak relevan dalam politik Malaysia?

Kita akan menerima kalau bangsa lain memperkecilkan peranan UMNO tetapi apalah malangnya apabila orang-orang Melayu sendiri tanpa segan silu menolak UMNO, orang Melayu sendiri memperkecilkan UMNO, orang Melayu sendiri mengaibkan UMNO dan ditangan orang Melayu sendirilah tersedia belati untuk menikam dan meracik UMNO daripada dalam.

Sejarah mencatatkan dan sejarah tidak boleh diputarbelitkan bahawa UMNOlah yang memperjuangkan kemerdekaan Negara ini. UMNOlah yang membentuk gagasan bagi menjadikan Malaysia dan orang Melayu serta bangsa-bangsa lain maju dan merdeka tetapi kerana ada orang-orang Melayu yang lupa sejarah dan buta pengertian tentang kemelayuannya, mereka melihat UMNO itu sebagai benteng yang menghalang mereka kononnya untuk menjadi lebih bebas berfikir dan bertindak.

Barangkali ada yang tidak lupa ataupun diberitahu oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu bagaimana nenek moyang kita meluruhkan gelang dan rantai, menggadaikan apa yang ada untuk diberikan kepada pemimpim-pemimpin Melayu bagi dijadikan bekal keluar Negara untuk menuntut kemerdekaan daripada Inggeris.

Dan hari ini kalaulah hari ini mereka masih bernafas, alangkah sedihnya mereka apabila orang Melayu hari ini tergamak menodai perjuangan mereka terdahulu. Alangkah kecewanya mereka kerana anak-anak melayu yang mendapat pendidikan barat dan selesa kehidupan peribadi sanggup menggigit tangan UMNO yang memberikan mereka tempat dan kedudukan istimewa hari ini.

Apakah Malaysia yang selama ini yang teguh dengan Islam dan Melayunya akan menjadi bangsa yang merempat dibumi sendiri dan adakah satu dua pemimpin Melayu yang masih ada hari ini akan menghantar UMNO ke neraka untuk dibakar hidup-hidup dan sanggupkah satu dua pemimpin UMNO yang ada hari ini melihat UMNO akan berkubur kerana mereka lebih rela mempertahankan kerakusan mereka dari mempertahankan UMNO?Sanggupkah mereka meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada maruah dan masa depan UMNO itu sendiri?

Apabila Dasar Ekonomi Baru ( DEB) yang digagaskan oleh Tun Razak telah dimansuhkan di Pulau Pinang, ianya satu isyarat yang cukup jelas kepada bukan sahaja orang Melayu Pulau Pinang tetapi tempiasnya turut terkena kepada seluruh bangsa Melayu di Malaysia bahawa kita bakal dikenang hanya sebagai sebuah bangsa semata-mata dan inilah sebenarnya barangkali yang dituntut oleh orang Melayu. Orang melayu mungkin menuntut supaya hak keistimewaan orang melayu diberikan kepada bangsa lain dan biarlah mereka tidak lagi menjadi istimewa kerana Negara ini malah hak dan ketuanan melayu tidak perlu dipertahankan lagi.

Kepada semua, marilah kita sama-sama berbangga kerana kita telah berjaya memusnahkan ketuanan melayu dan membuka pintu Melayu kita dengan rela supaya kaum dan bangsa lain menyerbu masuk untuk memusnahkan segala yang orang Melayu miliki selama ini.

Hari ini terbukti, kerana kita marahkan seekor nyamuk, tanpa berfikir panjang,kita sanggup membakar sebuah rumah. Hari ini protes rakyat seakan sudah tidak terkawal. Mungkin ramai yang termenung selepas keputusan yang dikeluarkan terutamanya orang Melayu? Adakah hari ini kita bertambah selesa dengan kemenangan pembangkang yang sudah menjadi kerajaan? Adakah hari ini kita selesa dengan DAP (Cina) berbanding MCA (Cina) yang lebih baik berbanding DAP yang keras pendekatan politiknya terhadap ketuanan Melayu? Apakah kita lupa bahawa DAP adalah pecahan PAP yang merupakan parti didikan Lee Kuan Yuew (Singapura) yang sedang mengintai peluang untuk meratah kemewahan Malaysia?

Apakah dosa UMNO sehingga orang Melayu perlu melupakannya? Apakah syurga yang dijanjikan DAP? Apakah kita sudah lupa dengan jasa UMNO yang mengangkat martabat Tanah Melayu dan orang Melayu pada tahun 1957?

Apakah dengan keputusan pilihan rakyat pada kali ini telah memuaskan citra politik Melayu? Pilihan rakyat dalam pilihanraya kali ini jelas menunjukkan seolah-olah jasa UMNO semakin dilupakan. Yang lebih malang apabila Melayu sendiri melupakan UMNO. Hari ini UMNO perlu bangkit untuk menyedarkan orang Melayu bahawa mereka masih tetap relevan dalam kancah politik Malaysia dalam membela nasib Melayu. Orang Melayu perlu diingatkan dan disedarkan.

Mungkin keghairahan untuk memprotes menyebabkan ramai di kalangan Melayu lupa mempertahankan hak sendiri. hari ini hak Melayu mula dicabar. Hak Melayu mula dipersoal. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang, lihat sahaja apa yang berlaku di Perak. Kerana Melayu (PAS) tidak menang majoriti mudah kerusi DUN Perak, maka kerana ini DAP menolak calon MB (Melayu PAS). Hakikatnya jelas kita diperlekehkan bangsa lain apabila Melayu hilang kuasa majoriti dalam politik. Usah bicara soal ekonomi yang telahpun menunjukkan bangsa lain menguasainya tatkala Melayu masih lagi merangkak.

Mudah-mudahan orang Melayu kembali untuk berfikir apakah rasional untuk mereka terus melupakan UMNO dalam keadaan sejarah telah membuktikan jasa dan pengorbanan UMNO terhadap orang Melayu.

Sumber zana wordpress

EKSKLUSIF : Catatan Pengorbanan Melayu untuk Bangsa Lain !

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015




Ketua UMNO Bukit Bendera yang mengeluarkan kenyataan yang dianggap “perkauman” oleh kaum-kaum lain terutama bangsa cina yang merasa kecil hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO bukit bendera tersebut sehingga media-media arus perdana juga turut campur menyerang Ketua UMNO tersebut. Apa yang penulis perhatikan di sini, sekali lagi bangsa Melayu dituduh bersifat perkauman, ironinya isu-isu yang melibatkan perkauman akhirnya orang Melayu jualah yang dipersalahkan.
Terlebih dahulu penulis ingin jelaskan kepada bangsa-bangsa lain tujuan penulis ketengahkan artikel atau isu ini bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan semangat perkauman di kalangan Melayu ataupun ingin memusuhi bangsa lain terutamanya cina. Tidak sama sekali, penulis sendiri mempunyai ramai kawan yang berketurunan cina. Penulis hanyalah bertujuan ‘menjernihkan air yang keruh’ bagi membuka minda kaum-kaum lain terutamanya cina menganai pengorbanan-pengorbanan yang pernah dilakukan oleh bangsa Melayu yang sering dianggap ‘racist’ oleh mereka sedangkan sudah banyak Melayu berkorban untuk mereka.

Kita mulakan dengan Perlembagaan Malaysia, walaupun di dalam perlembagaan kita ada fasal yang dikaitkan dengan ‘kontrak sosial’ yang melibatkan hak istimewa Melayu tetapi itu bukanlah penanda aras yang boleh melabelkan masyarakat Melayu sebagai perkauman, tetapi itulah yang sepatutnya diberikan kepada Melayu yang pada masa ini pun masih ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia. Sebagai contoh, cuba andaikan Melayu ini ‘tuan rumah’ kepada rumah yang bernama ‘Malaysia’ dan kaum lain-lain pula adalah ‘tetamu kehormat’ kepada rumah bernama “Malaysia’, namun di atas keterbukaan Melayu, mereka sanggup menerima ‘bangsa lain ini’ sebagai ahli keluarga rumah yang bernama ‘Malaysia’. Walaupun pengorbanan mereka sudah lama berlalu, namun ia tetap perlulah dihormati oleh kaum-kaum lain dan dihargai.

Bercakap pasal perlembagaan, sedar atau tidak sedar Melayu yang mengikut Perlembagaan beragama Islam tidak begitu defensif untuk melaksanakan apa yang dikatakan ‘undang-undang Islam’ yang dituntut di dalam Islam ke atas umatnya demi menjaga hubungan baik kaum-kaum lain di Malaysia walaupun pengorbanan itu kemudianya membawa kepada ‘persengketaan Melayu’ namun demi bangsa lain mereka terpaksa berkorban tetapi malangnya pengorbanan ini langsung tidak dihargai walaupun pengorbanan ini adalah ‘pengorbanan besar’ bagi umat Melayu.

Kita beralih pula kepada sektor pendidikan, di dalam sektor pendidikan juga orang Melayu telah banyak bekorban untuk bangsa lain. Sebagai contoh, sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang mewakili kaum-kaum lain dibenarkan dibuka oleh kaum cina dan india sedangkan dalam masa yang sama Melayu terpaksa mengorbankan ‘sekolah Melayu’ dan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan di mana penyertaanya terbuka kepada semua kaum Melayu tidak membantah.

Pengorbanan Melayu di dalam pengajian tinggi juga tidak terkira besar nilainya, sebagai contoh Universiti Tengku Abdul Rahman yang penuntutnya majoritinya adalah kaum cina, tidak juga ditentang oleh Melayu walaupun orang Melayu masih ketinggalan di dalam sektor ini. Sebagai perbandingan cuba kita lihat perbezaan “Universiti Tun Abdul Razak” dengan “Universiti Tengku Abdul Rahman” walaupun pemiliknya adalah Melayu tetapi ia tidak menyekat kemasukkan pelajar bukan Melayu untuk menimba ilmu di universiti ini, Universiti Tengku Abdul Rahman pula ‘memang’ ia tidak meletakkan syarat untung bangsa cina, tetapi 99% pelajarnya berbangsa cina. Dari segi fasiliti pula, UNITAR lebih ketinggalan berbanding UTAR namun ianya tidak sedikitpun menimbulkan kebencian Melayu terhadap bangsa lain.

Dari sektor pengajian tinggi, kita beralih pula kepada sektor ekonomi, Tujuan Dasar Ekonomi Baru atau DEB diperkenalkan ialah untuk merapatkan jurang ekonomi di antara bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia di mana pada ketika itu Melayu berupakan bangsa yang ‘mundur’, selepas DEB dilaksanakan memang kekuatan ekonomi Melayu dapat dipertingkatkan sedikit namun, hingga pada hari ini ia tidak berjaya mencapai sasaran 30% penguasaan ekonomi, memandangkan kaum cina tetap menjadi peneraju utama di dalam bidang ekonomi. Sebagai contoh kontraktor bumiputera walau besar mana sekalipun terpaksa bergantung kepada ‘pembekal-pembekal besar’ yang lazimnya dimiliki oleh bangsa Cina dan ia membuktikan ‘kebergantungan Melayu’ terhadap bangsa Cina atau bangsa lain juga boleh dikira satu perngorbanan Melayu.

Kita beralih pula kepada isu semasa mengenai tuntutan HINDRAF terlebih dahulu izinkan penulis senaraikan dakwaan HINDRAF yang dipetik daripada blog Ayahnda Tun Dr. Mahathir iaitu http://www.chedet.com :

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh “Islamic Extremist violent armed terrorists” (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan “Ethnic Cleansing” iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India “ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO.” Perbuatan ini kononnya adalah “mini genocide” (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

Walaupun tuduhan-tuduhan mereka boleh menjurus ke arah perkauman namun orang Melayu tetap berdiam diri dan langsung tidak melabelkan tuduhan tersebut sebagai provokasi ‘perkauman’ bagi menghina kaum Melayu, tidak ada Melayu yang ‘melenting’ berhubung tuduhan HINDRAF tersebut. Bukan itu sahaja, tidak ada tuntutan daripada Melayu agar mereka memohon maaf di atas tindakan mereka bahkan ada yang dah bergelar Yang Berhormat yang penulis percaya ada juga pengundi Melayu yang mengundi mereka.

Sebelum penulis terlupa, kita sentuh sedikit mengenai ‘kerakyatan’ oleh kerana Melayu terkenal dengan sifat ‘terbukanya’ mereka telah membuka ‘kerakyatan’ Malaysia kepada bangsa-bangsa lain melalui apa yang dikatakan ‘jus soli’, ini merupakan pengorbanan yang tidak kurang besarnya orang Melayu terhadap bangsa lain di Malaysia.

Begitulah rentetan ‘kesabaran’ orang Melayu terhadap bangsa lain di Malaysia. Walaupun bangsa mereka terus dipijak, namun mereka tidak sanggup ‘memijak’ bangsa lain. Perlu diingatkan juga kesabaran orang Melayu ada batasnya, jika sampai kami bangsa Melayu terus diperhambakan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain ia akan membawa kepada kebangkitan orang Melayu sepertimana kebangkitan orang Melayu menentang penjajah inggeri satu ketika itu.

Penulis berharap dengan penjelasan ini, kaum-kaum lain dapat menilai dengan setelus-telusnya mengenai pengorbanan-pengorbanan yang dibuat oleh Melayu untuk bangsa lain. Jangan lagi ‘menuduh’ orang Melayu ‘racist’ kerana Melayu sememangnya tidak ‘racist’ apa yang mereka buat hanyalah mempertahankan hak mereka sahaja. Dengan penjelasan ini jugalah harapnya ‘bangsa-bangsa lain’ dapat membuka minda dan menerimanya dengan hati yang terbuka.


Sumber suaragenerasimuda.co

(Gempar) Asal Usul Bahasa Melayu

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

Berasal dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1).

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba


Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

1.1.2 Berasal dari Nusantara

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa “…negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis”.

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = “Java Man”) yang diperkirakan berusia satu juta tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa “Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi” juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

1.2 KESIMPULAN

Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan.

Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. Ensiklopedia Indonesia (F-M), 1955, m.s. 592.
Safioedin, Asis. Tatabahasa Indonesia, 1963, m.s. 6.
Peta ini disesuaikan daripada peta dunia yang diselenggarakan oleh UNDP dalam
bentuk lembaran.
Mulia, T.S.G. op. cit., m.s. 778.
Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara, 1975. passim., m.s. 12-18.
Ibid., m.s. 30.
Asmah Hj. Omar. Susur galur bahasa Melayu, 1985, m.s. 395.
Ibid., m.s. 16.
Ibid., m.s. 31-32.
Ryan. N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, 1965, m.s. 5-6.
Asmah Hj. Omar, passim., m.s. 28-29 dan Slametmuljana. passim., m.s. 11-28.
Keraf, Gorys. Linguistik bandingan historis, 1984. passim., m.s. 184-201.
Mees, C.A. Ilmu perbandingan bahasa-bahasa Austronesia. 1967, m.s. 2.
Ibid., m.s. 28.
Keraf, Gorys. op. cit., m.s. 196-198.
Marsden, W. A grammar of the Malayan language, 1812, m.s. vi.
Safwan Fathy. Kisah dari al-Quran, 1988. passim., m.s. 53-55.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

* Bahasa Melayu Kuno,
* Bahasa Melayu Klasik dan
* Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

* Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
* Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
* Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

* Pengaruh agama Hindu
* Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
* Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

* Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
* Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
* Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
* Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

* Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
* Susunan ayat bersifat Melayu
* Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
* bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan – dngan atau dangan)
* Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
* Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat)
* Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
* Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

* ditulis dalam huruf India
* mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
* bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

* masih memakai abjad India
* buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

* ditulis dalam tulisan Jawi
* membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

* Zaman kerajaan Melaka
* Zaman kerajaab Acheh
* Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

* ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
* banyak ayat pasif
* menggunakan bahasa istana
* kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
* banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
* ayat songsang
* banyak menggunakan partikel “pun” dan `’lah”

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. 

Sumber zana wordpress


Rahsia Bangsa Yang Hilang (Bahagian 1)

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015

Di bawah ini adalah kata alu-aluan daripada Editor MistisFiles.Beliau adalah ketua pengarang merangkap Pemegang Rahsia Terutama dan mempunyai beberapa akses elit di bahagian-bahagian sulit di Arkib MistisFiles. Beliau menggunakan codename ‘Lodgekeeper’. Disamping tugasnya sebagai Penjaga Kunci Ruangan Rahsia (The Secret Chamber),Lodgekeeper juga bertanggungjawab menyelia penyelidikan di sebelah rantau Asia khususnya di sebelah Asia Tenggara.Ingat,siapa Lodgekeeper itu tidaklah begitu penting,yang paling penting adalah ilmunya dan mesej yang ingin disampaikannya.Oleh itu diharap kawan-kawan yang seangkatan dengan saya bersedia untuk menerima satu tamparan yang pada saya agak hebat apabila membaca entri ini, kerana apa yang anda sangka betul selama ini berkemungkinan besar salah sama-sekali dan anda harus bersedia mengubah persepsi anda mengenai bangsa anda. Oleh kerana artikelnya terlalu panjang, jadi saya telah mengeditnya dan hanya mengambil maklumat yang berkaitan dengan blog saya sahaja.
Adakah orang-orang Melayu benar-benar berasal dari Yunnan? Anda percaya penipuan orientalis ini?Atau kita sekadar orang-orang dari zaman Paleolitik yang beransur-ansur maju di Tanah Melayu ini?Dari orang gua bercawat hinggalah pandai bercucuk tanam? Segala teori Barat mengenai kedatangan orang Melayu dari Yunnan adalah salah sama sekali?Apa pandangan anda jika saya katakan sejarah Melayu cuba ditulis oleh para orientalis untuk menutup satu rahsia yang terpenting bangsa kita?Dunia ini penuh dengan konspirasi.Jika anda mempunyai sumber wang yang banyak,pengikut yang ramai dan kuasa politik yang tak terbatas,agaknya apa yang anda mahu buat?Ada manusia biasa seperti anda yang mempunyai sumber-sumber hebat sepertiitu.Dan impiannya ialah untuk mencorakkan dunia mengikutkehendaknya.Dan mangsanya adalah anda.
Jika anda tidak mahu mengambil tahu keadaan dunia disekeliling anda,jangan salahkan Tuhan jika tiba-tiba ada orang yang datang ke rumah anda dan memerintahkan anda sekeluarga berbaris di dalam rumah sambil mata ditutup dan tangan diiikat ke leher.Selepas itu terdengar jeritan anak perempuan anda,namun anda hanya mampu mendengar tangisannya sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa.Rumah anda diselongkar,anak perempuan dan isteri anda dirogol dan anda dipaksa meliwat anak lelaki anda.Bagaimana?Apa perasaan anda?Itulah yang terjadi kepada orang-orang Arab Islam di Iraq dan Palestin bahkan di meratadunia.Tidak mustahil ia akan berlaku di sini.Jika anda rasa Israel terlalu jauh nun di belah-belah Arab sana, amatlah tersilap sama sekali.
Pangkalan Israel terbesar ada di hujung semenanjungMalaysia.Hamba-hamba elitnya adalah orang-orang Cina berfahaman Zionis dan pengikut Illuminati (Keluarga Li adalah salah satu keturunan Illuminati penyembah Iblis).Melayu Islam adalah musuh ‘Most Wanted’ yang perlu dihapuskan samasekali.Malah adakalanya lebih berharga dari Pak-pak Arab yang berjaya dilekakan dengan membawa mereka berseronok di Syurga Seks Thailand.Aha…mereka cuma tunggu masa sahaja untuk mencucukkan jarumnya.Beberapa perancangan mereka sudah berjaya dan berjalan lancar.Antaranya menghasilkan para pemimpin Melayu yang bencikan Islam.Memecah belahkan orang-orang Melayu.Lihat sajalah politik Melayu kini.Betapa risaunya mereka jika muzakarah antara Pas dan Umno benar-benar terjadi……bersambung

Rahsia Bangsa Yang Hilang (Bahagian 2)

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015


sambungan……. Yang tinggal adalah MELAYU YANG PENUH PERASAAN ‘INFERIOR’ terhadap bangsanya sendiri.Menganggap bangsa sendiri adalah kolot dan agama Islam adalah jumud padahal bangsanya adalah ahli pengembara dan pelaut terbaik dunia.Apabila berbincang mengenai kehebatan bangsa Melayu adn kerajaannya,asyik-asyik terhenti pada Empayar Melayu Melaka.Benarkah bangsa Melayu mampu membina Empayar dan menjadi pengurus pemerintahan bermula dari era Melaka?Bagaimana dengan sebelum itu?Logikkah orang-orang Melayu yang duduk dikampung-kampung dipinggir-pinggir hutan,tiba-tiba menjadi pengurus sebuah empayar dan pelabuhan antarabangsa paling strategik dan terkaya di dunia?Sehinggakan para pedagang yang mahu berurusan di pelabuhan Melaka wajib mempelajari bahasa Melayu untuk berbincang dengan syahbandar-syahbandar Melayu dan berniaga dengan pedagang lain.
Tahukah anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa? Jumlahnya beratus-ratus!!Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang menyebutnya begitu. Jika mahu mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu,kita harus mengkaji manuskrip pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus,pegawai dan bangsawan Melayu dahulukala ketika itu.Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para pengkaji sejarah Melayu dari Barat kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat bermula dari zaman Melaka sahaja.

Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini.Semuanya hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah).Jadi apa yang tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat.Jadiyang tertera adalah zaman Batu seperti Paleolitik,Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk Empayar Melaka seterusnya zamanPenjajahan.Hanya itukah sejarah bangsa Melayu????

Padahal kapal perang Melayu ketika zaman Melaka dan Acheh lebih besar dari kapal induk Portugis malah lebih pantas dan hebat dari kapal The Black Pearl dalam filem Pirates The Caribbean dan orang Melayu mampu mentadbir sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Port Royal.Ini belum lagi masuk bab empayar Melayu lain seperti Srivijaya dan Majapahit.INILAH RAHSIA PENJAJAHAN BARAT KE ATAS UMAT MELAYU.Ketika kaum Islam lain seperti Arab,Bosnia atau Chechen menghadapi kaedah penghapusan etnik yang ganas,tetapi lain pula dengan bangsa Melayu.Pihak Barat tidak mengejar-ngejar orang Melayu untuk dihapuskan tetapi memburu manuskrip-manuskrip berharga,surat-surat cinta Melayu dan perutusan diraja untuk disimpan (bukan pula untuk dibakar atau dimusnahkan,pelikkan taktik Illuminati ini?)…….bersambun

Sumber zanas wordpress
g

Rahsia Bangsa Yang Hilang (Bahagian 3)

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015


Sambungan………Anehnya pihak Barat seperti Inggeris tidaklah membunuh orang-orang Melayu sepenuhnya walaupun seganas Portugis dan Sepanyol yang lebih kejam dari bangsa Inggeris (kecuali yang menentang mereka) seperti yang berlaku di Filipina dan negara-negara Amerika Selatan yang terhapus terus budaya dan bahasa mereka akibat pemaksaan budaya yang ganas dari para penjajah mereka.Inimenunjukkan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai budaya dan tamadun tinggi setanding dengan bangsa Cina dan India malah lebih hebat kerana mampu bertahan walaupun lebih kecil dari populasi bangsa Cina dan India.Hanya karya-karya besar bertahap diraja yang disimpan oleh golongan bangsawan dan diraja sahaja yang terselamat seperti Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) serta kitab-kitab agama.Apabila bukti bertulis tiada atau kurang mengenai orang Melayu maka JARUM SETERUSNYA DICUCUK oleh para orientalis Barat.Tugas para imperialis sudah selesai,tiba pula tugas para orientalis menyerang Kepulauan Melayu dengan pemikiran dan tusukan pena mereka.Mereka pun membuat kajian dan tesis tentang teori Melayu sama ada asal-usul Melayu,budaya dan bahasa mereka.Kajian mereka meleret-leret sehingga ke tahap pemikiran Melayu dan keupayaan mereka sampaikan menyamakan mereka dengan golongan orang gua dan orang asli di hutan-hutan (ini bukan untuk menghina orang asli tetapi kenyataan Barat yang bias).Para sarjana Melayu pun mengambil kajian mereka dan bermulalah proses inferiority complex yang tidak berkesudahan.Mereka pun percaya bahawa mereka adalah orang gua dan paling hebat pun berasal dari etnik Cina dari Yunnan.
Mereka pun percaya bahawa budaya mereka dan tulisan mereka dicedok dari India semata padahal siapakah orang-orang yang yang mengajarkan bahasa elit India iaitu bahasa Sanskrit kepada orang-orang kasta rendah Tamil dan Dravidia di India.Bukan semua orang India memahami bahasa Sanskrit,samalah seperti menyangka orang Tamil dapat memahami bahasa Hindustan dan faham apa yang Shah Rukh Khan dan Preity Zinta tuturkan dalam filem-filem mereka.Hindustan,Benggali dan Tamil adalah kaum yang berbeza di India.Malah nak menggunakan bahasa Sanskrit pun dibeza-bezakan mengikut kasta.Orang-orang Sudra atau berkasta Parya yang mendengar bacaan Veda dalam bahasa Sanskrit dihukum telinga mereka disiram timah panas.Jika mereka cuba membaca Veda,lidah mereka akan dipotong (rujuk Gotama Smarti).Jadi bagaimana pendeta Melayu dapat membaca dan mendengar kitab Veda sewenang-wenangnya.Sesungguhnya bangsa Melayu adalah BERKASTA TINGGI dalam pandangan komuniti Hindu purbakala.Ada yang berkasta Brahma atau Ksyatria.Ajaran Buddha dan Hindu berasal dari India tetapi mengapa kitab Tripitaka ditulis dalam bahasa Pali manakala kitab Veda ditulis dalam bahasa Sanskrit?Ini menunjukkan terdapat pelbagai bahasa di dalam benua kecil India dan ini merupakan perkara normal dan biasa.Adakah benar-benar Sanskrit itu bahasa pertuturan orang India Purbakala?

Sebenarnya bahasa Sanskrit adalah bahasa elit yang hanya ditutur dalam istana atau kuil-kuil.Bahasa Sanskrit bukanlah bahasa asal Benua KecilIndia.Hari ini berapa kerat orang India yang faham bahasa purba ini?Bahasa ini kini mengalami kepupusan.Jadi siapakah yang empunya bahasa ini sebenarnya.Kita akan mengetahui jika mengkaji bahasa-bahasa Sumeria dan Babylon Purba dan persamaannya dengan bahasa misteri Sanskrit ini.Aha…apa yang terjadi DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI DI UR DAN NEGARAKOTA SUMERIA-CHALDEA YANG LAIN BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU??.Jawab soalan ini sebelum mahu menulis sejarah Melayu yang kononnya setakat bermula dari Empayar Melaka……..bersambung


Sumber zanas wordpress

Rahsia Bangsa Yang Hilang (Bahagian 4)

Posted by Geng Awek Malaysia On Saturday, May 30, 2015


Sambungan………..Ini baru kepada konspirasi di dunia Melayu,belum lagi misteri yang berjalan di seluruh dunia.Sesungguhnya Iblis Laknatullah tidak bermain-main apabila menyatakan mahu menyesatkan anak Adam dan begitu berdendam dengan Nabi Adam.Dia akan menjalankan pelbagai strategi dan fitnah untuk membawa manusia jauh dari hidayah Allah s.w.t.Jangan terlampau takjub dengan kehebatan Amerika dan Eropah.Jangan terlampau rendah diri dengan bangsa Cina yang kaya dengan wang dan harta.Berusahalah membaiki kehidupan di dunia dan akhirat mengikut panduan dan ajaran Islam.Jika terasa orang Cina atau orang putih kaya dan hebat,ingatlah bahawa mereka juga adalah patsies peliharaan Illuminati penyembah Syaitan yang rupa-rupanya amat-amat memerhatikan dan bimbang dengan anda wahai orang-orang Islam

Mereka tidak bimbang dengan orang Cina kafir yang banyak duit,atau orang Jepun, Korea dan Eropah yang dibiarkan bermain-main dengan mainan-mainan (harta,perempuan,kereta,perniagaan,banglo). Tetapi mereka teramat bimbang jika orang-oranmg Islam khususnya orang-orang Melayu memanjangkan tangan mencapai AlQuran lantas terbaca ayat-ayat mengenai hukum dan prinsip kenegaraan seperti hukum Hudud dan Qisas.Harta dan wang yang teramat banyak berada di tangan para penganut ajaran Iblis bukannya di tangan orang-orang Amerika,Cina atau Jepun yang menjadi kuli bergaji bagi pihak The Hidden Hand.Fahamilah apa yang cuba disampaikan.

Anda tidak akan terkeliru lagi dan sesat.Anda sudah mengetahui apa yang mereka mahukan dari anda.BERFIKIRLAH DEMI KEBENARAN.Kerana kebenaran itu datangnya dari pemikiran yang sihat.Tidak rugi jika anda tinggalkan sebentar kerja-kerja dunia anda itu dan berfikir sebentar mengapakah sesuatu senario itu berlaku.Tanyalah diri sendiri,siapakah aku,dari mana aku dan ke mana aku?

Apakah yang anda semua rasa setelah membaca kata alu-aluan daripada penyelidik bebas ini. Sudah pasti anda lagi tertanya-tanya dan pada masa yang sama berkobar-kobar untuk mengetahui maklumat selanjutnya. Tunggu…takkan lari gunung dikejar walaupun mungkin ia akan ditarah oleh pihak yang mempunyai kuasa dan wang…huh. Namun demikian apa yang saya dan juga penyelidik tersebut tekankan ialah supaya anda semua berfikir dan terus berfikir tanpa lalai sejenak pun. Maklumat yang diberikan adalah tidak bermakna jika anda tidak berfikir dan hanya menerima semuanya bulat-bulat seperti orang bodoh. Ingatlah wahai kawan sesungguhnya kebodohan itu telah menjadi sumpahan palsu bagi bangsa kita oleh itu janganlah anda menjadikan ianya sebagai kenyataan yang tidak dapat dibalikkan semula…huh…….tunggu entri seterusnya dalam masa yang terdekat

Sumber zanas wordpress.