Jika selama ini anda dihidangkan dengan filem ‘Mowgli’ iaitu kanak-kanak lelaki yang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di hutan bersama haiwan liar, kali ini kami bawakan ‘Mowgli’ dalam versi kanak-kanak perempuan.
Bezanya, yang ini adalah kisah yang sebenar.
Tippi Benjamine Okanti Degre, 23, pernah menjalani kehidupan kanak-kanak selama 10 tahun di hutan Afrika.
Dia yang kini merupakan pelajar kolej di France dilahirkan di Namibia kerana pekerjaan ibu-bapanya, Sylvie Robert and Alain Degre sebagai jurugambar hidupan liar kerap membawa mereka menjelajah pelbagai negara seperti Botswana, Zimbabwe dan Afrika Selatan.
Memori Tippi semasa berada di Afrika kini diabadikan melalui sebuah buku bertajuk ‘Tippi: My Book of Africa’ yang memaparkan puluhan gambar gadis itu sewaktu zaman kanak-kanaknya.
Memang sangat ‘Mowgli’!
Categories: dunia
0 comments:
Post a Comment